DUA6022 : Komunikasi dan penyiaran dalam islam
Tajuk : Hiburan melampau dikenalpasti sebagai punca
keruntuhan akhlak remaja. Bincangankan punca-punca hiburan melampau dan cara
penyelesaiannya.
Pensyarah :
Pn Noraini Binti Nawawi
Ahli Kumpulan : Danial Luqman Bin Mustaffa Kamal Bashah
(02DEE15F1103)
Che Muhammad Sharizman Bin Che Deris
(02DEE15F1123)
Muhammad Amirul Hafizi Bin Mohd Arizal
(02DEE15F1115)
Tuan Nur Atikah Binti Tuan Shukri (02DEE15F1137)
Siti Nur Zuliana
Binti Mohd Hasim
(02DEE15F1107)
Sesi Jun 2017
Definisi
Hiburan
Hiburan ialah
peristiwa, persembahan atau kegiatan yang direka bentuk untuk memberi nikmat
kepada penonton, walaupun contohnya untuk permainan komputer,
"penonton" mungkin hanya seorang sahaja. Para penonton boleh
menyertai hiburan secara pasif, umpamanya menonton opera, atau secara aktif
seperti dalam permainan komputer. Industri yang membekalkan hiburan digelarkan
industri hiburan.
Pada umunya,
bermain dan membaca, serta penghargaan seni, tidak dianggap sebagai hiburan
tetapi tergolong dalam rekreasi kerana hiburan biasanya memerlukan pembekal
persembahan yang dilihat oleh penonton, kecuali dalam permainan komputer.
Pada dasarnya,
Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah
kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang
diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:
Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa hiburan yang
menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Hal ini
dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat
menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga ialah nyanyian.
Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri
kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada perbuatan dosa.
DEFINISI
AKHLAK
"Akhlak" berasal dari bahasa arab yaitu ”
Al-Khulk ” yang bererti perangai, tingkah laku, kebiasaan, kelakuan. Menurut
istilahnya, akhlak ialah sifat yang tertanam di dalam diri seorang manusia yang
bisa mengeluarkan sesuatu dengan senang dan mudah tanpa adanya suatu pemikiran
dan paksaan.
PENDAHULUAN
Keruntuhan
akhlak di kalangan remaja sering dijadikan topik hangat perbincangan di dada
akhbar dan majalah, rencana, wawancara dan drama televisyen dan radio sehingga
ke ceramah dan forum semasa. Masalah ini telah lama mendapat tempat di dalam
keprihatinan masyarakat khususnya di Malaysia, tetapi sehingga kini masih belum
tampak jelas jalan penyelesainnya. Bermula ari isu ini, kaitan sering pula
dibuat terhadap masalah-masalah lain, seperti peningkatan kadar jenayah,
peningkatan masalah penagihan dadah, kurangnya graduan berkualiti dan pelbagai
lagi permasalahan yang menghantui masyarakat. Isu berkaitan kanak-kanak dan
remaja harus diberi penekanan yang tinggi kerana jatuh bangunnya sesebuah
Negara itu bergantung kepada bagaimana badan-badan kerajaan dan juga bukan
kerajaan serta ibu bapa memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah
keruntuhan akhlak remaja. Selalu dilihat adalah pelbagai pihak yang menuding
jari ke pihak-pihak tertentu, namun sebenarnya apa yang diperlukan adalah
pemahaman yang mendalam dan menyeluruh (holistik) terhadap punca masalah ini,
dan seterusnya usaha menangani yang juga perlu menyeluruh dan bersepadu,
bukannya yang datang dari sudut-sudut tertentu dan usaha yang terpancar-pancar.
PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK
Remaja sering
dikaitkan dengan masalah walaupun daripada sifat semula jadi, remaja adalah
zaman yang penuh bertenaga dan mempunyai potensi diri yang cemerlang. Masalah
sosial dan jenayah yang membabitkan remaja hari ini benar-benar mem-bimbangkan.
Ketidakupayaan dan kegagalan mengatasi halangan ini menimbulkan pelbagai
masalah. Walaupun terdapat banyak isu yang berlaku, namun bahagian ini hanya
membincangkan beberapa isu terpilih yang kerap berlaku di kalangan remaja.
Keruntuhan akhlak
di kalangan remaja merupakan salah satu masalah sosial di Malaysia. Keruntuhan
akhlak bermaksud pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak
membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi
yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun . Negara. Alam remaja dikatakan
sebagai saat yang rapuh kerana pada peringkat ini mereka terdedah kepada
pelbagai pengaruh serta tekanan luar yang kebanyakannya terjerumus kepada
perkara negatif. Apabila terpedaya dengan pengaruh negatif yang mengkhayalkan,
akhlak remaja mudah rosak sehingga menimbulkan pelbagai masalah seperti salah
laku dan juvenil. Keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin remaja boleh
dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu salah laku dan jenayah yang
dilakukan oleh pelajar seperti membunuh, mencuri, menyalahgunakan dadah, rogol,
samun, senjata api dan lain-lain manakala yang kedua ialah salah laku yang
melibatkan kesalahan ringan seperti ponteng termasuk salah laku seperti ponteng
sekolah, ponteng kelas dan kerap keluar kelas. Kategori tidak patuh arahan pula
mencakupi salah laku seperti tidak memberi perhatian kepada pelajaran, tidak
membuat kerja rumah, tidak membawa buku, tidur di dalam kelas dan tidak dapat
mengikuti pelajaran yang diajar manakala kategori gangguan pengajaran adalah
seperti membuat bising, merosakkan alat bantu mengajar, mengganggu kawan semasa
guru mengajar dan mempertikaikan ajaran guru. Tidak sopan pula merupakan salah
laku seperti berpakaian tidak kemas dan bercakap kasar dengan guru. Isu berkaitan remaja ini juga pelu diberi
penekanan kerana bangun dan jatuhnya sesebuah Negara adalah bergantung kepada
bagaimana badan-badan kerajaan dan juga bukan kerajaan memainkan peranan mereka
dalam cara mengatasi masalah keruntuhan akhlak dan di kalangan remaja.
Kes jenayah di
kalangan remaja menyebabkan fungsi sekolah dikritik dan di anggap sebagai puca
kepada peningktan jenayah dalam masayarakat. Pelbagai masalah juvenil (jenayah
yang dilakukan oleh golongan remaja di sekolah) seperti menjadi samseng,
menyertai geng motosikal, memeras ugut, menumbuk guru, merosakkan harta
sekolah, mencuri, menipu, merogol, berjudi dan mabuk mencerminkan kelemahan
institusi sekolah sebagai mekanisme pengawal sosial remaja. Meningkatnya
pelbagai gejala sosial dan jenayah remaja ini adalah manifestasi krisis dan
keruntuhan moral yang tinggi dalam masyarakat. Jenayah remaja adalah produk
sosial dan budaya masyarakat keseluruhannya. Sering juga dikatakan remaja
adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Kenyataan
ini tidak dapat dinafikan. Mereka adalah aset kekayaan semula jadi yang bakal
memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan negara.
Namun demikian, masalah akhlak remaja adalah ancaman kepada sumber tenaga
manusia yang merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala
masalah sosial yang dihadapi oleh remaja perlu dibendung dan diatasi supaya
tidak terus mengancam aset yang tidak ternilai ini.
Punca-punca
keruntuhan akhlak remaja ini ialah iman yang lemah. Agama merupakan ajaran bagi
seseorang insan untuk berkelakuan baik. Punca yang paling asas dalam
permasalahan keruntuhan akhlak ini adalah kelemahan iman dan kurangnya
keyakinan terhadap Allah. Kurangnya kefahaman agama dan gambaran sebenar
tentang syiar islam menyumbang kepada masalah social. Sebagai kesannya, remaja
tidak mempunyai jati diri dan kurang berhemah tinggi kerana mereka tidak
mengamalkan pengajaran agama. Sebagai contoh, remaja kini kurang menghormati
orang tua dan selalunya melakukan perbuatan negatif di luar jangkaan. Ibu bapa
seharusnya menerapkan nilai-nilai islam dan didikan agama kepada anak-anak
sejak dari kecil lagi. Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada
kedua ibu bapa. Sebagai ibu bapa, seharusnya mereka mengambil berat tentang
pendidikan anak demi memastikan kehidupan mereka sentiasa berada dalam
keredhaan Allah SWT.
Tiada masalah
yang tiada penyelesaian kerana Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud
‘bagi setiap penyakit ada ubatnya’. Justeru itu, bagi mengatasi masalah gejala
keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja islam kita perlulah memberi perhatian
kepada beberapa perkara seperti memberi didikan islam yang sebenar. Pendidikan
agama merupakan asas paling penting bagi membentuk jati diri muslim yang
sebenar. Kefahaman tentang agama yang sebenar dan keyakinan terhadap Allah
dapat menanamkan dalam diri sifat takwa kepada Allah dan takwalah membezakan
antara setiap muslim.
Pengaruh rakan
sebaya juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan keruntuhan akhlak di kalangan
remaja. Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik,
boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan,
akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap
remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu
mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan
mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa
yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala
boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam
gejala sosial. Zaman sekarang, remaja mula terdedah kepada alam yang luas di
luar rumah, malah persekitaran ini menjadi rumah kedua mereka. Remaja juga
mempelajari banyak perkara daripada persekitaran sosial di mana ia membesar.
Dalam tempoh-tempoh ini, remaja mula mengubah tingkah laku, sikap dan nilai.
Malahan, mengubah seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang
lebih matang dan dewasa. Zaman remaja adalah tempoh kehidupan yang diselubungi
harapan, cabaran dan ketegangan. Mengikut kajian yang dibuat ada tiga faktor
yang penyumbang kepada ketegangan dalam zaman remaja iaitu perubahan fizikal
yang cepat dan pencapaian kematangan jantina, kedudukan remaja sebagai manusia
pinggiran (manusia marginal) dan keperluan menyediakan diri untuk memasuki
dunia dewasa.
Perubahan fizikal
yang cepat dan kematangan jantina ini boleh menimbulkan beberapa perkara
kritikal dalam hidup remaja seperti remaja perlu menyesuaikan diri dengan
perubahan dan kematangan fizikal yang berlaku pada diri mereka. Remaja menjadi
sensitif pada rupa dan bentuk badan. Perubahan fizikal dan perkembangan jantina
yang dialami dapat menimbulkan rasa tidak selesa, tidak yakin, tidak selamat,
malu dan segan. Konsep kendiri remaja kadangkala dipengaruhi oleh perubahan
fizikal dan perkembangan jantina. Remaja mungkin menggunakan mekanisme bela
diri bagi menjaga maruah.
Dalam islam telah
menetapkan supaya kita menjaga kebajikan diri dan masyarakat daripada sebarang
kebinasaan sama ada berbentuk fizikal mahupun spiritual. Antara perkara yang
wajib dijaga ialah memelihara agama iaitu menjaga diri daripada melakukan
sesuatu yang boleh merosakkan imannya. Selain itu, menjaga nyawa, ianya perlu
dipelihara dengan memelihara diri daripada perkara yang boleh menyebabkan
kematian. Seterusnya, memelihara keselamatan tubuh badan. Tubuh badan dan akal,
contohnya pengambilan alkohol dan dadah.
Keperluan
menyediakan diri untuk dunia dewasa. Keadaan ini menimbulkan beberapa perkara
kritis dalam hidup remaja iaitu mendapat pendidikan dan latihan bagi mencapai
tahap kebebasan ataupun ketidakbergantungan kepada ibu bapa dalam aspek ekonomi
dan kewangan. Memilih kerja yang sesuai dengan kebolehan, minat dan keperluan
masyarakat.. Bersedia menjalani kehidupan berkeluarga. Remaja mestilah bersedia
menghadapi masa depan yang mencabar dan juga mampu mencapai kebebasan pertalian
emosi dengan ibu bapa dan orang dewasa lain disamping itu juga dapat berhadapan
dengan harapan dan nilai hidup bertentangan yang menimbulkan kekeliruan dan
kekecewaan.
Terdapat beberapa
perkara yang termasuk dalam perilaku keruntuhan akhlak remaja yang hebat
diperkatakan oleh masyarakat akhir-akhir ini antaranya ialah kerengganan dalam
keluarga. Perkara ini amat membimbangkan dan boleh berlaku pepecahan dalam
keluarga. Contohnya, ibu bapa selalu bergaduh, anak-anak tidak mendengar
nasihat dan melawan cakap ibu bapa. Sebagai akibatnya, berlakunya kes-kes
gangsterisme, vandalisme, kes penderaan dan sebagainya. Masalah penceraian ibu
bapa juga menjadikan seseorang remaja silap menjejaki kaki dalam perbuatan
negatif. Semua ini boleh mengundang kepada keruntuhan akhlak dan jauh dari
rahmat dan hidayat Allah. Perkara- perkara berikut tidak seharusnya berlaku
terutamanya umat islam yang sepatutnya mencontohi tauladan yang baik.
Pengaruh media
massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan
para remaja hari ini. Sebagai contoh, internet dapat mewujudkan satu
perhubungan antara Negara-negara lain secara tidak langsung seseorang remaja
terdedah kepada pengaruh kebudayaan luar Negara atau Negara asing. Selain itu,
penapisan media yang kurang tegas. Contohnya, filem Negara asing yang mempunyai
unsur-unsur ganas dan seksual. Jika tiada penapisan yang tegas dilaksanakan,
maka masalah sosial seperti vandalisme dan gangsterisme akan berleluasa di
Negara kita. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan
kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang
memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti
televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata- mata
mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak
pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang
kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur
lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk
bercetak, CD, atau lain-lain.
Keruntuhan akhlak
remaja juga dapat dilihat daripada pelbagai sudut dan banyak puncanya. Langkah
mengenal pasti masalah ini penting kerana hanya dengan mengetahui punca-punca,
strategi penyelesaian yang berkesan dapat diatur dengan rapi. Faktor yang boleh
mengakibatkan berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Proses
urbanisasi iaitu kegiatan devian atau melencong dan keruntuhan moral di
kalangan remaja juga berpunca daripada proses urbanisasi dan industri yang kita
alami. Ini kerana kedua-dua proses itu mengendurkan kawalan sosial yang
biasanya wujud dalam masyarakat tradisi kita. Akibatnya, anggota masyarakat
bebas melakukan apa sahaja sesuka hati. Dalam masyarakat tradisi, hubungan
antara anggota masyarakat begitu erat. Di dalam sebuah kampung misalnya, setiap
orang saling mengenali, tolong menolong dan mengambil berat antara satu sama
lain sehingga budaya ini meresap ke dalam jiwa setiap ahli kampung. Perhubungan
ini secara tidak langsung menjadi suatu bentuk kawalan sosial yang dapat
memelihara tingkah laku masyarakat. Perbuatan melanggar norma masyarakat
kampung itu cuba dielakkan kerana bukan sekadar nama diri sendiri malah nama
keluarga juga turut tercemar. Suatu masa dahulu, kempen remaja ‘rukun tetangga’
diadakan bagi menjaga keamanan di kawasan masing-masing. Tetapi malangnya,
ramai yang menyalah gunakan kempen ini. Ada yang sekadar menandatangani buku
kedatangan ataupun berborak dan bersembang kosong sehingga tiba masa pulang.
Antara nilai yang dilihat dalam persekitaran proses urbanisasi dan
industrialisasi adalah nilai individualistik dan materialistik yang menyebabkan
setiap anggota masyarakat membawa diri masing-masing dan tiada masa mengambil
tahu hal orang lain. Sikap individualistik ini menyebabkan tiada hubungan antara
satu sama lain di dalam kawasan kediaman. Jika ada sekalipun adalah pada tahap
minimum.
Hubungan
kekeluargaan juga merupakan faktor yang dapat dikaitkan dengan keruntuhan
akhlak remaja adalah penglibatan remaja dalam jenayah. Remaja atau pelajar khususnya
yang terlibat dengan jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang susah,
malah sebilangan signifikan adalah mereka yang mempunyai latar belakang
keluarga yang baik dan kaya. Dalam faktor sosial, peranan ibu bapa penting
dalam mendidik anak-anak. Kebanyakan ibu bapa bekerja kerana wujudnya perubahan
sosial hari ini. Ada kalanya mereka terlalu mementingkan pekerjaan daripada
memberi perhatian kepada anak-anak. Mereka cuba memuaskan hati anak-anak dengan
hanya memberikan keselesaan dan kemewahan kebendaan tanpa kasih sayang dan masa
bersama anak-anak. Mereka lupa anak-anak juga memerlukan perhatian bagi
mendapat maklumat dalam kehidupan seharian. Dari sini, anak-anak rasa terbiar
tanpa kasih sayang dan jagaan yang sempurna. Mereka bercampur dengan rakan
sebaya yang bermasalah dan akhirnya menimbulkan masalah disiplin kepada pihak
sekolah. Terdapat juga ibu bapa yang tidak menghiraukan anak-anak walaupun
pihak sekolah memberitahu mereka berkenaan masalah disiplin anak-anak di
sekolah. Anak-anak ini meng-ambil peluang sikap tidak acuh ibu bapa mereka
dengan bertindak lebih buruk lagi di dalam dan luar sekolah. Akhirnya, pihak
polis terpaksa campur tangan dalam hal ini. Maka, tidak tepat apabila kita
meletakkan masalah disiplin di atas bahu guru sahaja sedangkan ibu bapa
melepaskan tangan dalam hal ini.
Mengikut kajian
yang dibuat berkaitan dengan faktor keluarga menyimpulkan beberapa perkara yang
tidak dititikberatkan oleh ibu bapa iaitu tidak menunjukkan teladan yang baik
kepada anak-anak, tidak mengambil berat pencapaian anak-anak, ibu bapa tidak
sefahaman di rumah, pendapatan ibu bapa yang rendah menyebabkan anak malu ke
sekolah kerana tidak mampu membayar yuran tidak mengambil tahu aktiviti yang
dijalankan oleh anak-anak. Berdasarkan pemerhatian, ibu bapa yang berstatus
rendah di luar bandar lebih merelakan tindakan guru kerana bagi mereka,
tanggungjawab guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga mencorakkan anak
mereka supaya lebih bertanggungjawab dan berhemah tinggi. Manakala, ibu bapa
berstatus agak tinggi sering mempersoalkan tindakan guru kerana anak mereka
terlalu dimanjakan di rumah dan lebih cenderung memberi alasan anak mereka
tidak pernah dipukul di rumah. Sepatutnya, mereka menyedari tanggungjawab yang
berat perlu dipikul kerana ibu bapa hanya mengawal beberapa orang ataupun
seorang anak di rumah sedangkan guru perlu menjaga 40 orang pelajar di dalam
setiap kelas. Tambahan pula, terdapat ramai guru muda yang tidak berpengalaman
mendidik anak-anak mereka berbanding ibu bapa yang lebih memahami sikap
anak-anak mereka. Justeru, dapat diandaikan bahawa punca keruntuhan akhlak
adalah kemerosotan asuhan, didikan, bimbingan dan kawalan ibu bapa ataupun
penjaga.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH KERUNTUHAN
AKHLAK REMAJA
Pengaruh di sekolah dapat dibendung dengan disiplin iaitu
asas utama mekanisme pengawalan sekolah. Disiplin sekolah biasanya diasaskan
kepada etika, nilai, akhlak dan standard tingkah laku yang mulia. Bagi
mencorakkan disiplin sekolah yang berkesan, semua guru perlu menunjukkan
komitmen dan diberi tanggungjawab bagi menguatkuasakan disiplin. Kelemahan yang
jelas di sekolah yang menjadi punca keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin
di kalangan pelajar adalah guru-guru tidak diberi kuasa bertindak
mempertahankan disiplin. Disiplin sekolah secara rasmi adalah tanggungjawab
guru disiplin, guru besar dan guru penolong kanan. Keadaan ini menyebabkan
sebilangan besar guru-guru mengambil sikap lepas tangan dan tidak menunjukkan
komitmen bagi menangani masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid sama
ada di sekolah mahupun di luar sekolah. Murid-murid nakal dan suka melanggar
disiplin menjadi lebih berani dan bebas melakukan perbuatan yang melanggar
peraturan dan undang-undang kerana mereka tahu guru-guru tidak mempunyai kuasa
yang boleh dikenakan ke atas mereka. Malah, murid-murid ini berani mencabar
kewibawaan guru yang tidak disukai. Bagi guru yang berasa keselamatan mereka
terancam mengambil sikap tidak peduli dan membiarkan sahaja apa yang dilakukan
oleh murid-murid bermasalah ini. Masyarakat guru terpaksa membodohkan diri
sendiri, membutakan mata, membisu suara dan membenamkan rasa kecewa mereka
sebagai golongan pendidik yang dayus dan tidak berwibawa. Sekiranya pada ketika
dahulu guru mementingkan nilai kasih sayang dalam mendidik pelajar, tetapi hari
ini nilai kasih sayang sebegini jarang dapat dilihat dan kadangkala terus
hilang disebabkan kepentingan yang bersifat material. Tun Dr. Mahathir Mohamad
pernah menegur sikap guru yang tidak memberi pengajaran menyeluruh kepada murid
dan hanya menumpukan perhatian mengajar mata pelajaran yang ditugaskan kepada
mereka. Sehubungan itu, sistem pendidikan tidak boleh dipersalahkan. Tetapi,
sikap guru yang sekadar menyampaikan maklumat mata pelajaran yang
dipertanggung-jawabkan ke atas mereka perlu dibetulkan.
Aspek perundangan di sekolah perlu diberi tumpuan kerana
ia dapat mengurangkan penglibatan pelajar dengan kegiatan disiplin ataupun
jenayah di sekolah. Dengan wujudnya aspek perundangan seperti ini, ia dapat
menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar di samping dapat mengurangkan beban
dan tanggungjawab pihak sekolah dan ibu bapa dalam mengawasi disiplin. Namun,
ia perlu dikaji dengan mendalam kerana cara ini mungkin melibatkan kos yang
tinggi dalam menambahkan unit kawalan tambahan. Ia juga mewujudkan tentangan
daripada ibu bapa memandangkan langkah hukuman itu mungkin terlalu berat dan
tidak adil bagi anak mereka. Perkara yang berhubung dengan aspek perundangan
adalah penguatkuasaan undang-undang oleh polis. Ini bermakna, bidang kuasa
polis boleh diperluaskan merangkumi kegiatan pelajar di sekolah-sekolah yang
difikirkan menghadapi masalah disiplin pelajar. Jawatankuasa tindakan disiplin
perlu ditubuhkan pada peringkat daerah, kawasan, negeri mahupun negara supaya
segala kegiatan pelajar di dalam dan luar sekolah diawasi.
Khidmat nasihat Kaunseling di sekolah memainkan peranan
penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Di samping itu,
kaunseling juga dapat dilaksanakan sebagai penunjuk arah kerjaya yang patut
dituju oleh remaja. Guru kaunselor di sekolah-sekolah juga boleh menganjurkan
kaunseling rakan sebaya di kalangan pelajar-pelajar. Ini adalah jalan yang baik
bagi membantu hubungan yang sihat di kalangan remaja dan memupuk rasa
tanggungjawab antara satu sama lain. Menurut kajian, remaja lebih mudah
meluahkan masalah mereka kepada rakan sebaya. Oleh itu, program ini bermanfaat
apabila di-rancang dengan teliti dan mengambil orang yang berpengalaman serta
mempunyai asas-asas kaunseling remaja bagi menganjurkan dan memantapkan program
ini. Lanjutan daripada itu, golongan remaja perlu dibantu dan diberi perhatian
kerana masa remaja adalah zaman pergolakan yang serius. Pertumbuhan jasmani
yang berlaku semasa baligh banyak mempengaruhi jiwa, perasaan dan fikiran
remaja. Ini menyebabkan mereka menghadapi banyak masalah menyesuaikan diri
dengan keadaan yang berubah dan membentuk identiti diri.
Tingkah laku keruntuhan akhlak di kalangan remaja dewasa
ini, mempunyai hubungan rapat dengan kemasukan elemen-elemen negatif dari luar
yang tidak terkawal ke dalam negara serta masyarakat dan budaya kita. Lantaran
itu, kemasukan aliran muzik songsang perlu disekat dengan mengharamkan
kemasukan muzik berunsur lucah. Pada masa yang sama, serbuan yang kerap perlu
dilakukan ke atas premis-premis yang menjual barangan seperti rokok, pistol dan
sebagainya bagi mengesan dalang yang mewujudkan fenomena keruntuhan akhlak di
kalangan remaja. Usaha yang berterusan dapat membanteras jenayah di kalangan
remaja hingga ke akar umbi.
Bagi menangani masalah ini, pendekatan yang wajar adalah
melalui ceramah-ceramah sivik yang dapat dilakukan pada peringkat sekolah.
Walaupun demikian, wajar seandainya program ceramah sivik ini melibatkan ibu
bapa. Contohnya, pada ‘Hari Ibu Bapa dan Guru’ yang diadakan setiap tahun,
ceramah-ceramah dapat memberikan keterangan yang jelas berkenaan peranan ibu
bapa dalam usaha mengeratkan hubungan kekeluargaan. Di samping itu, pengetahuan
agama perlu ditekankan dalam ceramah-ceramah ini kerana lazimnya pengetahuan
agama memberi garis panduan kepada individu apabila bertindak. Di samping
pengetahuan agama, keterangan diri dan cara-cara bersosial perlu disampaikan
kepada remaja dan ibu bapa. Penglibatan ibu bapa penting supaya anak, pendidik
dan ibu bapa berada pada gelombang persefahaman yang sama dan dapat mengeratkan
lagi hubungan. Sehubungan itu, terdapat banyak surat pekeliling yang bertujuan
memberi panduan kepada guru besar dan guru-guru berkenaan pengurusan disiplin
pelajar.
Namun begitu, secara umumnya, didapati disiplin pelajar
di sekolah-sekolah semakin merosot sejak kebelakangan ini. Mungkin surat-surat
panduan ini tidak diberikan perhatian yang serius. Terdapat juga guru-guru yang
tidak bekerjasama dalam menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan disiplin,
kurang rasa tanggungjawab dan hanya mempunyai tanggapan bahawa pelajar adalah
punca utama masalah disiplin. Mungkin sikap guru yang negatif juga mempengaruhi
sikap dan tanggapan pelajar pada konsep dan pelaksanaan disiplin. Justeru,
pentadbiran sekolah perlu me-mastikan sekolah menyalurkan maklumat itu kepada
guru-guru menerusi sesi-sesi perbincangan, bengkel dan seumpamanya bagi
memastikan mereka faham berkenaan hak-hak dan tanggungjawab mengambil tindakan
disiplin yang betul.
Ada kalanya, sistem pendidikan negara dijadikan sasaran
utama kerana ia adalah wadah terbaik bagi menetapkan nilai-nilai akhlak dan
moral yang baik. Pendidikan moral memberi pengaruh besar dalam mencorakkan
sikap dan akhlak remaja dan seterusnya mempengaruhi nilai-nilai sosial. Oleh
kerana pendidikan moral disampaikan kepada remaja sejak kecil lagi, ia sedikit
sebanyak dapat mewujudkan sikap dan nilai positif kepada diri individu
berkenaan. Oleh itu, para pelajar perlu diberi penerangan yang jelas berkenaan
alam remaja, masalah dan kesulitan yang mereka hadapi sebelum mencapai dewasa.
Ini dapat dilakukan melalui ceramah dan majlis penerangan berkenaan masalah
kehidupan remaja serta kempen memupuk kesedaran sivik. Masalah jenayah pelajar
bukan sahaja masalah pelajar, ibu bapa dan guru tetapi masalah masyarakat. Dengan
itu, pemimpin-pemimpin tempatan seperti penggawa, penghulu, pemimpin politik,
pemimpin belia dan orang-orang yang berpengaruh perlu dihubungi bagi membantu
dan bekerjasama menyelesaikan kes-kes disiplin. Penglibatan semua pihak
dari-pada anggota masyarakat umum kepada ketua masyarakat adalah perlu kerana
masalah akhlak remaja ataupun pelajar adalah masalah masyarakat. Kawalan sosial
perlu diwujudkan di kalangan penduduk dan sikap ‘tidak apa’ ataupun tidak ambil
tahu perlu diubah demi kepentingan masyarakat.
Ibu bapa juga perlulah memainkan peranan yang penting
bagi mencegah gelaja tidak sihat yang semakin melular dalam kalangan remaja.
Sebagai contoh, ibu bapa mestilah memerhatikan setiap pergerakkan anak-anak
mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah
tesebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan
sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang
mempunyai kedudukan akhlak yang baik. Selain itu, ibu bapa hendaklah
menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan
memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah,
emosi dan keputusan. Selain itu, tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap
pendidikan agama dan nilai-nilai murni. Ibu bapa hendaklah menjadi role model
kepada anak.
Pusat kegiatan remaja merupakan satu lagi aspek
pencegahan yang perlu diberi perhatian adalah penglibatan remaja dalam pusat
kegiatan belia di mana semua aktiviti dirancang dengan teliti dan teratur.
Dengan ini, program ataupun aktiviti yang diadakan di pusat-pusat latihan belia
remaja membekalkan kemahiran-kemahiran supaya remaja dapat menggunakan
kemahiran demi kepentingan diri mereka. Di samping kemahiran, pusat-pusat ini
juga boleh memberi ceramah-ceramah, kelas-kelas bimbingan agama serta
rekreasi-rekreasi sukan yang diperlukan dalam perkembangan sahsiah remaja.
Seterusnya, pertukaran belia antara negeri dan negara yang diadakan dapat
menambahkan pengetahuan dan pengalaman para remaja. Kerjasama antara agensi
Pada masa ini, sudah wujud satu jawatankuasa yang dibentuk antara Polis Di Raja
Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri bagi memerhati perkembangan aktiviti-aktiviti
pelajar dari masa ke semasa dan mengambil langkah-langkah yang perlu sebelum
pelajar-pelajar terjebak ke dalam apa-apa aktiviti yang menyalahi
undang-undang. Namun, keberkesanan jentera ini dapat dipertingkatkan dengan
membuat kajian dari semasa ke semasa berkenaan aktiviti, program serta
pelaksanaannya dalam menangani masalah keruntuhan akhlak remaja. Program
pemulihan dalam komuniti dan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
perlu dikaji dari semasa ke semasa supaya perancangan dan program-programnya
selaras dengan kehendak dan persekitaran remaja.
Seterusnya, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak
berkuasa seperti polis juga dapat memberi bantuan dalam meringankan masalah
keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu
digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.
Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar
ini kepada pihak polis. Selain itu, langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian
juga hendak diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah dan sebagainya
bagi mengatasi masalah keruntuhan akhlak yang semakin serius di kalangan
remaja.
Masyarakat islam yang baik adalah masyarakat yang
prihatin yang akan memastikan setiap anggota masyarakatnya tidak telibat dengn
gejala keruntuhan akhlak. Ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang
bermaksud “barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah ia
mencegahnya dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya
dan sekiranya masih mampu maka cegahlah di dalam hatinya dan itu adalah
selemah-lemah iman.
Peranan media juga perlu diberi perhatian yang serius
dalam usaha membendung gejala yang tidak sihat ini. Media cetak dan elektronik
lebih mudah menganjurkan program berkaitan personaliti remaja berjaya. Remaja
yang berjaya dalam lapangannya boleh memberi contoh yang positif kepada remaja
secara keseluruhannya. Di samping dapat menjadi daya penarik kepada para
pembaca, gambar-gambar remaja berjaya juga dapat merangsang pembaca remaja
supaya turut berjaya dalam kegiatan yang mereka ceburi. Oleh itu, pihak
penerbit, terutamanya yang mempunyai sasaran pembaca remaja perlu lebih sedar
dan peka pada tanggungjawab sosial dengan menerbitkan lebih banyak bahan bacaan
bercorak pengetahuan bagi melahirkan golongan remaja yang bertanggungjawab dan
mempunyai sifat-sifat yang baik. Kesimpulan Matlamat utama Wawasan 2020 adalah
membina sebuah negara maju tanpa mengabaikan nilai agama dan moral.
Namun, apabila dilihat antara idealisme masa depan dengan
realiti masa kini, terdapat jurang perbezaan yang besar di mana jumlah kes
jenayah di kalangan pelajar ataupun remaja hari ini semakin meningkat.
Nampaknya, semakin maju negara, semakin luntur nilai moral masyarakat. Justeru,
dalam keghairahan merancang dan merencana pelbagai projek raksasa supaya negara
seiring dengan ledakan informasi dan pembangunan industrialisasi yang mantap,
kita juga tidak boleh meminggirkan projek raksasa dalam membina insan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan bagi mengatasi masalah sosial
ini kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Tetapi apa yang lebih
penting ialah ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam
menyelesaikan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kerana segala
pembentukan insan adalah berasal daripada rumahnya. Selain itu, pihak kerajaan
dan pihak swasta juga perlu bekerjasama dalam mengatasi masalah keruntuhan
akhlak di kalangan remaja yang semakin kian merungsingkan.
PENUTUP
Hiburan adalah
perbuatan, aktiviti dan sebagainya bertujuan untuk menghiburkan, menyenangkan,
mententeramkan hati dan diri, itulah pentakrifan secara umum tentang hiburan.
Sekiranya kita melihat kepada negara kita Malaysia khursusnya, hiburan telah
berkembang luas dan telah mengambil tempat yang cukup luas dalam cabang sosial.
Kita juga dapat melihat perkembangan dalam media massa tidak kira media cetak
dan media elektronik. Perkara inilah yang mendatangkan kebimbangan dalam
kalangan umat islam di Malaysia.
Tidak dinafikan
terdapat perbincangan yang cukup panjang lebar dikalangan para ilmuan Islam
mengenai apakah hiburan itu bolehkan ataupun tidak, bukan tujuan artikel ini
untuk membincangkan mahupun membahaskan perbincangan tersebut, tetapi
kesimpulan yang dapat dibuat terdapat sebilangan para ilmuan mengambil
tindakkan yang berhati-hati dengan tidak mengharuskan apa hiburan berserta
berhujah dan dalil yang tersendiri.
Tetapi perkara
yang dijadikan fokus adalah berkenaan hiburan yang terlampau, hiburan seperti
disepakati akan keharamannya dan larangan untuk umat islam menyertainya. Kerana
perbuatan ini tidak mendatangkan manfaat, bahkan sia-sia dan membawa keburukan,
bukan islam menggalakan umatnya menjauh diri daripada perkara sia-sia dan
perkara yang mendatangkan kecelakaan. Sekirannya diamati hiburan terlampau
datangnya dari pengaruh golongan kafir dan yang yang jauh dari tuhan dan
mencari jalan untuk mengembirakan diri dengan hiburan, juga ianya sebagai
agenda untuk merosakkan akidah umat islam dan apa yang lebih membimbangkan
adalah merosakkan akidah umat islam. Melihat dari kajian pelbagai pihak bahawa
hiburan seperti ini secara terang-terangan membawa keruntuhan akhlak umat
islam, juga mendorong kepada masalah sosial. Dapat kita buktikan dengan isu-isu
yang berlaku baru-baru ini seperti kes pembuangan bayi yang sudah tentu
berpunca dari perbuatan zina, kes yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah,
minum arak dan sebagainya. Semua ini berpunca dari hiburan yang tidak terkawal
walaupun sebahian orang melihatnya kecil contoh menonton rancangan realiti di
kaca tv, ramai dikalangan masyarakat beranggapan ia sebagai perkara biasa,
tetapi malangnya mereka tidak mengetai aplikasinya terhadapmoral dan akhlak.
Antara keburukkan lain adalah unsur-unsur khurafat dan syirik dalam sesetengah
hiburan, juga campur gaul antara lelaki dan perempuan, pendedahan aurat dan
sebagainya.
Secara
ringkasnya, banyak keburukkan dan impikasi yang negetif melalui hiburan
melampau, termasuklah merosakkan agama, bangsa dan budaya melayu itu sendiri,
bagi remaja yang asyik dalam alam hiburan impilikasi yang amat membimbang agama
dan negara pada masa yang akan datang.
Mengapa kita
sebagai umat islam mencari hiburan, sedangkan apa yang ada yang ada di sisi
Allah s.w.t lebih baik
LAMPIRAN
Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam (Marzuki Sepiaail, Rina Fakhrizan Mohd Sukri, Alias Mat Saad)
LAMPIRAN
RUJUKAN
http://mawardahgroup.blogspot.my/
http://mpw2043syariahkias.blogspot.my/2017/02/punca-keruntuhan-akhlak-dalam-kalangan.html
http://drhalimi.blogspot.my/2014/03/masalah-sosial-di-kalangan-remaja-kini.html
http://mpw2043syariahkias.blogspot.my/2017/02/punca-keruntuhan-akhlak-dalam-kalangan.html
http://drhalimi.blogspot.my/2014/03/masalah-sosial-di-kalangan-remaja-kini.html
Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam (Marzuki Sepiaail, Rina Fakhrizan Mohd Sukri, Alias Mat Saad)
Poker Secrets Archives - Casinofib
ReplyDeletePlay at the biggest online casino on the web. This カジノ シークレット is a new online casino, ミスティーノ and a new game added to the poker world. The online poker world is